Pengalaman Semasa Praktikal Di Hotel
Assalamualaikum....
Saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya sebelum memasuki Politeknik saya
belajar di Kolej Komunti Sungai Petani selama 2 tahun. Banyak kenangan manis
semasa belajar di kolej tersebut. Pengalaman yang saya ingin kongsikan di sini
ialah semasa saya berada di semester 3. Di semester 3 pelajar wajib menjalani
latihan industri. Saya memilih Emerald Puteri Hotel di Sungai Petani berdekatan
dengan rumah saya.
Saya menjalani latihan industri selama 5 bulan. Semasa berada di sana saya
diletakkan di jabatan pengemasan selama 1 bulan, jabatan makanan dan minuman
selama 2 bulan dan jabatan dapur selama 1 bulan. Banyak pengalaman baru yang
saya dapat serta pembelajaran sepanjang berada di Hotel. Misalnya semasa berada
di jabatan pengemasan saya mempelajari cara mengemas bilik serta peralatan yang
perlu ada di dalam bilik hotel, dalam sehari saya perlu menyiapkan lebih kurang
15 buah bilik untuk dikemas, mula-mula memang terasa penat kerana saya tidak
pernah mengemas bilik sebanyak ini tetapi lama-lama terasa seronok kerana saya
melakukan perkara yang baru.
Di jabatan makanan dan minuman pula saya berada di jabatan ini selama 2
bulan. Banyak pengetahuan yang saya dapat antaranya mengmbil pesanan dari
pelanggan, membuat bil untuk pelanggan, serta menjaga sesuatu function yang
diadakan di Hotel ini. Selain itu saya juga berpeluang menjaga buffet ramadhan
apabila waktu puasa.
Akhir sekali saya berada di jabatan dapur, berada di jabatan ini tidak
dapat saya lupakan kerana saya dapat mempelajari pelbagai jenis masakan
antaranya kuih-muih, puding, kek, bubur serta dessert. Saya juga diarahkan untuk
mengambil alih membuat sendiri puding, kek, bubur serta dessert apabila sesuatu
function diadakan di hotel. Pengalaman ini membuatkan saya seperti sudah
bekerja di hotel kerana membuat sendiri semua makanan yang diarahkan.
Inilah sedikit sebanyak pengalaman saya yang dikongsikan kepada anda.
Sekian dari saya Nor Aklia Bt Mat Akhair.

asalamualaikum..tumpang tanya ,awak ambil jurusan ape ye di kolej? saya ingat tadi awak ambil jurusan kulinari tapi tadi awak ade cerita yang awak perlu kemas bilik..
ReplyDelete