Tuesday, 14 February 2012



Pengalaman Semasa Praktikal Di Hotel

Assalamualaikum....

Saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya sebelum memasuki  Politeknik saya belajar di Kolej Komunti Sungai Petani selama 2 tahun. Banyak kenangan manis semasa belajar di kolej tersebut. Pengalaman yang saya ingin kongsikan di sini ialah semasa saya berada di semester 3. Di semester 3 pelajar wajib menjalani latihan industri. Saya memilih Emerald Puteri Hotel di Sungai Petani berdekatan dengan rumah saya.

Saya menjalani latihan industri selama 5 bulan. Semasa berada di sana saya diletakkan di jabatan pengemasan selama 1 bulan, jabatan makanan dan minuman selama 2 bulan dan jabatan dapur selama 1 bulan. Banyak pengalaman baru yang saya dapat serta pembelajaran sepanjang berada di Hotel. Misalnya semasa berada di jabatan pengemasan saya mempelajari cara mengemas bilik serta peralatan yang perlu ada di dalam bilik hotel, dalam sehari saya perlu menyiapkan lebih kurang 15 buah bilik untuk dikemas, mula-mula memang terasa penat kerana saya tidak pernah mengemas bilik sebanyak ini tetapi lama-lama terasa seronok kerana saya melakukan perkara yang baru.

Di jabatan makanan dan minuman pula saya berada di jabatan ini selama 2 bulan. Banyak pengetahuan yang saya dapat antaranya mengmbil pesanan dari pelanggan, membuat bil untuk pelanggan, serta menjaga sesuatu function yang diadakan di Hotel ini. Selain itu saya juga berpeluang menjaga buffet ramadhan apabila waktu puasa.

Akhir sekali saya berada di jabatan dapur, berada di jabatan ini tidak dapat saya lupakan kerana saya dapat mempelajari pelbagai jenis masakan antaranya kuih-muih, puding, kek, bubur serta dessert. Saya juga diarahkan untuk mengambil alih membuat sendiri puding, kek, bubur serta dessert apabila sesuatu function diadakan di hotel. Pengalaman ini membuatkan saya seperti sudah bekerja di hotel kerana membuat sendiri semua makanan yang diarahkan.

Inilah sedikit sebanyak pengalaman saya yang dikongsikan kepada anda. Sekian dari saya Nor Aklia Bt Mat Akhair.




1 comment:

  1. asalamualaikum..tumpang tanya ,awak ambil jurusan ape ye di kolej? saya ingat tadi awak ambil jurusan kulinari tapi tadi awak ade cerita yang awak perlu kemas bilik..

    ReplyDelete