Wednesday, 15 February 2012
Tuesday, 14 February 2012
TAHUKAH ANDA ?
Assalamualaikum...
Tahukah anda bila hari kiamat akan tiba?? tidak tahu kan..mesti korang hendak tahu kan..maaf lah aku pun tidak tahu..apa yang aku hendak kongsi kan hanyalah serba sedikita tentang gambaran hari kiamat...aku memperoleh cerita ini dari seorang insan yang bernama......emm...bak kata Dato' Siti Nurhaliza, "biarlah rahsia"...tapi semua itu tidak penting..apa yang penting ialah kita semua wajib mempercayai dan beriman kepada hari kiamat kerana ia merupakan rukun iman yang keenam...
jadi, korang baca lah sendiri yer..
renung-renungkan lah dan selamat beramal..
- Selepas Malaikat Israfil meniup
sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh
makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu,
Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati,
Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada
siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
-Selepas 40 tahun, Malaikat
Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama
padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut
“Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
- Semua manusia dan jin
dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana
pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa
depan yang akan mereka hadapi kelak.
- Lalu datanglah api yang
berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan
binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan
(bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan
dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami
akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
- Setelah semua makhluk
dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam
kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
- Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada
Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan
suaranya yang menakutkan.
- Kemudian matahari muncul semula
dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi
seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau
hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan
peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka
bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000
tahun.
- Terdapat satu telaga kepunyaan
Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat
diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat
yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini
lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih
sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
- Semua makhluk berada bawah
cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak
dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui
orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir
air matanya kerana takutkan Allah.
- Oleh kerana tersangat lama
menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan
mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan
para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan
manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka
kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi
Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan
akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
- Lalu berdoalah baginda Nabi
Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
- Selepas itu, terdengar bunyi
pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka
sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul
oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu
tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.
- ‘Arasy ialah jisim nurani yang
amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah
ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat
di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
- Kursi iaitu jisim nurani yang
terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar.
Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa
mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab
amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab
amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman
Katibin.
- Manusia beratur dalam saf
mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur
bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri
untuk dibezakan.
- Umat yang pertama kali dihisab
adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah
solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan
darah.
- Apabila tiba giliran seseorang
hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan
tangan kiri jika orang bukan mukmin.
- Semua makhluk akan dihisab
amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai
satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
- Acara ini disaksikan oleh Nabi
Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing
dihisab.
- Perkara pertama yang diminta
ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang
bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
- Ketika dihisab, mulut manusia
akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada
dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha
Bijaksana.
- Setelah amalan ditimbang,
mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing
dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
- Syafaat Nabi Muhammad SAW di
akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di
Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar
zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk
kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan
khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para
pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan
mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia
akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim
ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata
pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan
di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan
5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke
dalamnya.
Pengalaman Semasa Praktikal Di Hotel
Assalamualaikum....
Saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya sebelum memasuki Politeknik saya
belajar di Kolej Komunti Sungai Petani selama 2 tahun. Banyak kenangan manis
semasa belajar di kolej tersebut. Pengalaman yang saya ingin kongsikan di sini
ialah semasa saya berada di semester 3. Di semester 3 pelajar wajib menjalani
latihan industri. Saya memilih Emerald Puteri Hotel di Sungai Petani berdekatan
dengan rumah saya.
Saya menjalani latihan industri selama 5 bulan. Semasa berada di sana saya
diletakkan di jabatan pengemasan selama 1 bulan, jabatan makanan dan minuman
selama 2 bulan dan jabatan dapur selama 1 bulan. Banyak pengalaman baru yang
saya dapat serta pembelajaran sepanjang berada di Hotel. Misalnya semasa berada
di jabatan pengemasan saya mempelajari cara mengemas bilik serta peralatan yang
perlu ada di dalam bilik hotel, dalam sehari saya perlu menyiapkan lebih kurang
15 buah bilik untuk dikemas, mula-mula memang terasa penat kerana saya tidak
pernah mengemas bilik sebanyak ini tetapi lama-lama terasa seronok kerana saya
melakukan perkara yang baru.
Di jabatan makanan dan minuman pula saya berada di jabatan ini selama 2
bulan. Banyak pengetahuan yang saya dapat antaranya mengmbil pesanan dari
pelanggan, membuat bil untuk pelanggan, serta menjaga sesuatu function yang
diadakan di Hotel ini. Selain itu saya juga berpeluang menjaga buffet ramadhan
apabila waktu puasa.
Akhir sekali saya berada di jabatan dapur, berada di jabatan ini tidak
dapat saya lupakan kerana saya dapat mempelajari pelbagai jenis masakan
antaranya kuih-muih, puding, kek, bubur serta dessert. Saya juga diarahkan untuk
mengambil alih membuat sendiri puding, kek, bubur serta dessert apabila sesuatu
function diadakan di hotel. Pengalaman ini membuatkan saya seperti sudah
bekerja di hotel kerana membuat sendiri semua makanan yang diarahkan.
Inilah sedikit sebanyak pengalaman saya yang dikongsikan kepada anda.
Sekian dari saya Nor Aklia Bt Mat Akhair.
CERITA HIDUP AKU SEMASA DI TAIPING BANDAR WARISAN ^_^
VIDEO DAN GAMBAR YANG SEMPAT AKU MASUKKAN DALAM BLOG ^_^
Assalamualaikum aku teringat dekat kampung halaman aku TAIPING BANDAR WARISAN.Aku rindu keluarga aku dan kawan-kawan aku dekat Taiping.Ini sahaja video yang sempat aku upload sebabnya video yang lain aku tidak ingat dekat mana aku letak.Video ini mengisahkan pengalaman masa aku sekolah dahulu,ini memang saat paling manis masa aku dengan diaorang semua.Semua kawan-kawan aku boleh dikatakan perangai semua sempoi-sempoi,dan semuanya selalu gembira sentiasa.Hahah.Aku rindu ingin jumpa diaorang semua,Alhamdulillah lah nasib aku ada cuti pendek semester bulan dua ini tujuh belas sampai dua puluh enam hari bulan dua ini.Rindu sama dekat Taiping pun ada,seronok hendak balik kampung halaman lah katakan.Huhuhu.Tunggu kepulangan aku ya kawan-kawan.Aku rindu kawan-kawan semua dan yang paling aku rindu ibu dan ayah aku.Aku harap diaorang berada dalam keadaan baik dan sihat selalu,maklum lah duduk jauh semestinya rindu dan risaukan diaorang,diaoranglah segala-galanya dalam hidup aku,tanpa diaorang siapalah aku ini.
<3AZEM RINDU MAMA!!!
<3AZEM RINDU ABAH!!!
<3AZEM RINDU KELUARGA!!
<3AZEM RINDU KAWAN-KAWAN SEMUA!!!
SEBELUM AKU MELALUT LAGI JAUH BAIK AKU SUDAHKAN CERITA AKU INI CEPAT-CEPAT.HAHAH.JUMPA DILAIN HARI DAN WAKTU YANG SAMA INSYALLAH.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.
HUHU....
^_^
ASSALAMUALAIKUM...
IKHLAS DARIPADA
DZUL HADZEEM BIN ABDUL HALIM @ PANDA
DHK 1C
ingatlah siapa sepatutnya anda sayang....bersyukurlah kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....
Renung renung kanlah !!!
-Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari.... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya........
-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-, "
Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......
DAN TANPA MEREKA,SIAPA LAH KITA...TUL TAK????
................NUR' AFIFAH AHMAD...............
Friday, 10 February 2012
First Time masuk ke Politeknik
Pekara ini terjadi pada 19.12.2011.Aku telah dipanggil untuk datang ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin iaitu di perlis.Aku telah dipanggil untuk kesini kerana untuk menyambung pelajaran ku.Kos yang telah aku pilih di institusi ini ialah Diploma Pengurusan Hotel dan Katering.Aku memang sungguh meminati kos ini kerana kos ini mempunyai daya tarikan yang menarik,dan ini telah membuatkan aku untuk belajar lebih mendalam tentang ilmu perhotelan dan katering ini.
Disaat pertama kali aku pijakkan kaki ku di institusi ini,perasaan aku sangat teruja kerana inilah pertama kali ku berada di negeri orang,tambahan pula keadaan di politeknik ini sungguh menarik sekali bagiku semasa mula-mula aku sampai disini.Sesudah sampai nya ku di institusi ini,kami dikehendaki untuk beratur mengambil kunci bilik masing-masing dan setelah selesai semua perkara itu,aku terus mengambil segala barang-barangan yang ada didalam bonet kereta untuk aku bawakkan ke bilik ku nanti.Sampai sahaja aku kat bilik, aku telah menemui rakan-rakan baru,dan berkenalan dengan mereka semua.Nama-nama kawan bilik aku,azrin,aliff@apek,dan faiz,setalah kami berkenalan lebih lama,hubungan kita orang semakin erat bak kata pepatah seperti air yang dicincang tidak akan putus hubungan nye.Semasa orientasi berlaku,kami semua batch baru telah ditunjukkan serba sedikit tentang politeknik ini dan telah diceritakan tentang sejarah politeknik ini olek abang -abang senior dan kakak-kakak senior atau dekanali sebagai fessi(tidak tahulah saya sama ada betul atau tidak ejaan saya ini).Semasa penghujung orietasi kami semua telah bermain pelbagai game yang telah disediakan oleh senior-senior yang mengendalikan kami semua,antaranya bermain dalam lumpur,belajar menari dan pelbagai lagi,tidak lupa juga kami semua telah dikenakan hukuman iaitu grenade!itu sebagai pengajaran kepada kami kerana tidak mendengar arahan serta tidak berdisplin.Itulah perkara yang tak akan ku lupakan sepanjang orientasi di politeknik ini. .
Setelah berakhirnya orietasi itu,minggu yang kemudian nya,aku telah pergi ke jabatan aku,iaitu jabatan hospitaliti dan pelancongan.Disitu kami semua sebagai pelajar baru telah deberikan serba sedikit tentang jabatan hospitaliti dan pelancongan.Disitulah telah bermula segala-galanya cerita aku di politeknik ini.
Aku harap apabila baca korang semua suka-suka kanlah ok,kerana ini pertama kali aku tulis blogg. .sekian dari ku,Tun Azri Imran Bin Tun Saifuzzaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)
.jpg)






